Saturday, 31 December 2011

malas as always :|

oh mannn..
sekejap je dah nak abis cuti
rasa macam baru semalam aku sampai rumah
esok dah nak balik perlis
sedih gila weyh
serious
urm
btw,aku serious rasa taknak balik lagi
maybe kaki aku penat lagi kot
mak dah suruh aku kemas barang tadi 
sebab esok pagi mak nak bawak g pantai :)
okay,ilovepantaisangat
heeee
bukan senang nak jumpa pantai kat perlis kalau tak pegi kuala
haih
homework tak buat ag
terpaksa la pulun malam ahad kay :]
hahahah
motif je tu tak siap
padahal malas gilaaaassss

errr,mana my baby ni
asal tak rep text ni
dah tdow kot -.-

Monday, 19 December 2011

sweet sangat sangat tau !!


b,can you be the one yang buat benda ni kat i?
nak macam ni jugak
or maybe yang lebih special which no one penah buat lagi
oh man !
DAMN 
so sweet :*

p/s: dearest anjaana,hope one day you will do 
something like this for me :')
i'll wait for it my dearest anjaana <3

Thursday, 15 December 2011

last farewell asma :'(

tak de mende sangat nak tulis just nak letak pic je :')



























13/12/11 :)

tarikh cantik tu aku masuk kolej :)
13/12/11
haaaa.. cantikkan?
tu tarikh aku dapat kolej tau
DA 1 3075/1
numb bilik sebijik numbe bilik asma dulu kan?
n the one yang keluar tu pon SPA gak
haih
apa laaa kebetulan sanagt ni kan
-.-

Monday, 12 December 2011

berhabuk gak la blog ni sekarang kan..
selamat tak bersawang lagi
dah lama tak online
dulu hari hari
semenjak NR ni takde masa nak online oh
haih
maaf ea blog sayang ku ni :D
aku banyak story tapi macam terpendam so tak dapat nak tulis ohh
haih --'
btw,aku still rindukan kekawan aku oh
errr,,
this special to ALIA KHALILA MUHAMMAD YUNAN
dheyy,
aku dah gtau kau la blog aku ni
time first day buat ag tau maaf  kalau kau taktau tapi aku serious dah gtau kau tau pasal this blog
haih alia sayang maaf k
t rajin2 la melawat ea :D
aku tak ramai kawan sangat
so semua besty aku tau this blog
maybe kau lupa
takpe
aku maafkan
heee :P
k laa,
AKU SAYANG KAU k :]

Tuesday, 6 December 2011

again :'(

haihh !
hilang sorang lagi kawan baik aku
means kat sini tinggal aku, alia, zirot, roa n yang rapat ngan aku pon sikit je :'(
asma aku sedih duhh kau dah keluar ni
aku nak kau kat sini balik
serious aku rindu gilaaa kat kau
the day yang kitorang buat surprise kat kau tu kan
sebenanye aku dah nanges dulu dah weyh
malam before tu aku asyik pk je kau dah nak blah
aku sedih
pasni aku n alia je la nak harung g kelas sama sama
sedih bhaiii
tak dapat nak tahan air mata
bila ingat kau je mesti nak nagis gilaaa
kau selalu ada kalau aku boring ke sedih ke
gembira ke
semua kau ada sebab bilik kita dekat kan
so aku selalu lepak bilik kau
sekarang aku ada alia je nak cite
tp alia pon jauh gak
sebab aku dah dok lua kan
masa hanta kau kat bus tu serious aku terkilan sangat sebab pakcik bus tu
tinggalkan terus camtu je
kau tak dapat pon nak peluk alia
aku tengok kau dari tepi
tp kau tengok arah alia
tp alia tak nampak kau pon
aku sedih duh time tu
macam semua kawan dah hilang
weyhhh,kalau aku mampu t kau try ugak jumpa kau k
kau try la dapat kolej yang area senang kitorang nak datang
alor setar ke, penang ke,
senang senang perlis je la weyh
senang nak jumpa kau :')
weyh, AKU SAYANG KAU SERIOUS TALK okay
hilang kau adalah satu kehilangan besar bagi aku
boys cakap aku macam tak sedih je tp dorang apa tau
malam td aku nangis lagi ingat kat kau
fuhhh
tulis ni pon air mata aku asyik keluar je weyh
hope gila kau datang sini balik
*takdapatsambungtulisdah,bye

Tuesday, 22 November 2011

DEAREST ASMA :'D #special for kau !


hoi kau :'D
aku taktau aku nak cakap apa tentang perasan aku untuk result kau tu
aku happy tuk kau weyh
at the same time aku sedih juagk sebab akan kehilangan sorang kawan yang close dengan aku
nanti mesti hari hari aku dah tak sama cam before :'C
aku tau tu yang akan terjadi
takpe la apa boleh buat
takkan aku nak halang cita cita kau
kalau dulu tu aku dapat gak
aku pegi jugak kot tinggalkan kita semua
btw
aku tak dapat la grade sesama kau :'(
okayyyy
aku tak tahan
aku serious sedih
t kau kat sana jangan lupakan kitorang tau
aku sayang kau

#THANKS FOR BEING A VERY GOOD FRIEND OF MINE DUHH !
YOU THE BEST :'D

Tuesday, 15 November 2011

grrrrr !

hey
orang dah call sampai lebih 100 kali pon tak sedar jugak ke?
hampeh gilaaaaa
sakit dah tangan ni
sila lah bangun
nanti esok orang ngamuk karang
baru la tau kan
garang ke tidak orang ni haaa !

Sunday, 13 November 2011

assalamualaikum..

boleh tak aku nak meluah kan perasaan?
aku tak kira,kau kena jugak baca
hmmm,aku start cite k
erm,kan aku nak duduk luar kan..
so hana nak serumah ngan aku
mula mula tu okay la kan
dah dapat rumah yang kat gate A
sebulan rm500 tak termasuk lagi api air la
kalau duduk serumah 6 orang sebab ada 6 katil
so rm83 untuk sewa rumah la kan
pastu sorang kawan aku tak jadi nak dok sama
so jadi la kitorang beerlima
then dah okay la kan,
pastu td dia call kata nak dok kat gate B pulak
tp tu bukan rumah
tu bilik je
dia nak yg tu sebab senang sikit nak g kelas
kalau gate A kan susah nak kena ada bus uitm lalu je or call cab
tp yang best bagi aku kat gate A tu rumah bukan sewa bilik
aku taknak sewa bilik je sebab macam tak best la kan
dah la sebulan rm130 seorang
kalau kat gate A tak sampai pon
okay money dont mind laaa
pastu zirot pulak taknak join aku yang kat gate B tu
means aku kena duduk ngan hana je la without zirot
perghhhh
aku ngan hana bukan la ngam sangat tok tinggal serumah camtu
adoiiii
aku tension rasa nak nangis :C
aku nak je rumah yang kat gate A tu tapi takde pulak yang nak duduk sama aku :'(
serious aku nangis
k thanx baca :'((((



#aku hanta ni dekat syira sebab aku taktau nak cite kat sapa :'(
kau ni pentingbkan diri duhhh !
asal kau nak gak yang dekat gate B tu
haritu beriya sangat nak yang gate A tu
aku nak rumah duhhh
aku taknak bilik
kau ni menyusahkan la babun
kau buat aku benci kau
boleh ke aku nak serumah dengan kau?
aku pon taktau laaaa
aku tak mampu rasanya
shuuuuuuuuuuuuuuuttttttttttttt !
Dear Anjaana,

one day i will meet you. its serious will happen but,
i don't know when it happen.i'll wait for the time okayyy.
once i met you,i'll hold you in my arm forever.
so then you cannot go anywhere.you always be mine.
but seriously i always thinking about you,anjaana.
i want to meet you.
oh serious ! i wanna meet you.
please come to me n meet me.
i always waiting for it.waiting for the something that i never know.

Anjaana,

i know you will make me happy when i met you.
i know you will make my life full with love,
i know you will do the best in your life for me,
i know you will find me one day,
i know you will meet me again n again,
i know you will make me smile,
i know you will lighter up my life,
i know you will making up my day,
i know you will stay with me forever when the times come.

Anjaana,

once i met you, please hold me tight too as tight as i'm doing to you.
THANK YOU ANJAANA for coming to see me later.
i'll wait for you anjaana <3

                                        

                                                                    with love,
                                                                     your anjaani <3

Tuesday, 8 November 2011

scrolling time :D

tadi aku scrolling wall kau
ahhhhh sudahh
aku rindu kau pulak
kau dah lama duh pergi dalam hidup aku
apahal la gatal sangat tangan ni pegi cari nama kau
duhh,
kau spm this year
GOOD LUCK
aku taktau la aku berani wish bebetul ke tak kan
tetibe time scrolling tadi aku nampak kau ada post lagu
Ya ALLAH
aku teringat lagi 
tahun lepas kau rajin nyanyi kan aku lagu
pergghhh,
suara kau superb babe
memang sedap 
kau suka nyanyi lagu rock kan
ahahha aku dengar je
reality nye kau tau aku tak dengar sangat lagu yang hardcore ni
pastu kau suka nyanyi kan aku lagu jiwang 
kau memang saja buat aku cair kat kau
ahahah sengal la kau bingai
bingai,aku serious rindu kau
rindu time setiap malam yang kite besembang
kadang kadang aku call kau
kadang kadang kau call aku
aaku ingat lagi time aku takde kredit,
n kau jugak takde
kau sanggup pusing hostel kau tok cari topup
last last,kau jumpa gak
time tu aku pon pusing hostel aku sebab nak cari sapa ada jual topup
ahhaha
bila dah jumpa kredit
serious kita bahagia gila kan
penah sehari tu kita tak tdow sampai pagi
sebab bersembang tak ingat dunia
kau nyanyi berpuluh lagu untuk aku
alahai,aku pon kena nyanyi jugak untuk kau
agak banyak jugak lagu yang aku nyanyi tok kau
macam sweet je kita kan time tu
bila aku dah nak dekat spm tahun lepas je
kau terus taknak rapat ngan aku
aku tahu kau taknak aku leka kan
lagipon pulak kau besty scandal aku time tu
hmmmm,
scandal aku bukan kesah pon aku friend ngan kau
tapi tak sedap la kan
so kite pon berjauhan
masa time aku spm,
aku mintak kau jadi baik ngan aku 
dalam time aku spm tu je
sebab aku nak rasa tenang time aku jawab paper
n THANKS to kau bingai
kau betul betul baik kat aku
kau layan aku baik sangat
kau wish goodluck setiap hari aku ada paper
aku ingat aku sempat cakap thanks kat kau time last paper
since that kita tak contact dah sampai sekarang
aku friend ngan kau kat fb pon
tp kita tak pernah bertegur
takpe aku faham keadaan
btw,
dah setahun kita tak contact kan
kecuali time birthday kau hari tu aku call kau wish birthday
tu je aku contact kau
wahhhh hebatt
hmmmmm
kau cukup berpengaruh dalam hidup aku
aku sayang kau walau kita tak mungkin ada apa apa kan
aku tahu kau tahu yang aku sayang kau 
tapi kita ada haluan masing masing kan
THANKS BINGAI coz datang dalam hidup aku suatu ketika dulu 

*its true-i believe it,just look me n my bingai even aku still sayang dia tapi dia tetap takan stay in my life <3



tadi kan aku text la sorang mamat ni
just nak wish happy birthday,
itupon setelah aku tengok kat FB
yang today is his birthday
so,aku text kat numb dia la kan
pastu dia call
alahai segan dah aku
aku n dia bukan rapat pon
cuma penah la sekala aku chat ngan dia kat FB tu haa
haihh
segan denn -.-
btw,
you, HAPPY BIRTHDAY yea :)
sweet 15 ke 16 tah .. ahahaha
now aku scrolling your pic
NICE NICE NICE
serious aku kata
kau memang boleh tahan
dah la suka buat kuning,iklan gigi
 macam aku jugak *semua ni kebetulan je
hadoihh
sengal je

hmm,
selesema aku tak baik lagi ni
payah nye la kan
rasa nak nangis je
tapi kalau nangis lagi la berat kan
adesss
menyampah betul dengan selesema ni -.-
sebaik mak tak jadi ajak keluar hari ni
harap nye esok dah okay la :/
aku malas la kan keluar time sakit sakit
haihh
ini laa dugaan ALLAH bagi kat aku hari ini
semoga terhapus dosa kecil ku
AMINN

<3

Friday, 4 November 2011

menyampah (!)

puihh
tak berkembang la otak kau
aku tau la apa patut aku buat
kau tak payah nak buat muka sangat laa
kau ingat kau bagus
fine (!)
memang la bagus
tapi takyah la kau nak buat muka camtu
aku tau apa patut aku jawab
kau asyik tengok je camtu
kau ingat orang suka
erghh ,
menyampah aku
sebaik la pasni aku dah free
MENYAMPAH (!)

Thursday, 3 November 2011


weyhhhh ..
sumpah aku sedih walau aku tak perlu la nak sedih sangat pasal ni kan..
aku n dia memang takde pape langsung pon
just aku tak suka nak tengok duuuuhhhhhhhhh..
please la :'(

Monday, 31 October 2011

haihh
kekadang rasanya lebih seronok life dalam kakilike
takde sakit hati mana
kenal sangat pon tak
happy je tengok orang like sana sini
kalau reality tu kadang kadang asyik tension je
sakit kepala lah
sakit badan lah
dan sebagaimana lah
heeeee
lama tak update kan
banyak nak cerita tapi taktau mana nak mula
hmmmmmm
hope aq okay je n strong :)

Thursday, 20 October 2011

aduhhh..
kepala sakit..
heeeeeeeeeeee....
sekarang kerja dah semakin okay :)
ermm..
malam tadi mimpi merepek laaaa
kenapa ea?
ada pulak aq mimpi sof kissing with a gurl yang kitorang pon tak kenal
perrgggghhhh,,
gila betul mimpi macam tu :(
apa la aq ni..
aq mana penah mimpi dia
bila mimpi dia
macam ni pulak dah
haihhhh
apa laaaa aq ni
awak,saya sorry kay :')

Wednesday, 12 October 2011

dah start keje :P
heeeeeeeee,,,
sebulan je kot keje
sebab t dah nak start sem 2 pulak :D
k,byee..
keje..

Sunday, 9 October 2011

nak keje ke tak ?

aq dah pikir haritu nak keje ngan kakcik
tak kisah pon gaji sikit je
coz aq just bantu dia je
makan n rumah free
kira okay la 4rat++ tu tok aq je kan
so t time nak masuk sem 2 aq ada la duit kan
tp tadi tetibe abayat text aq
dia tanya kau nak keje ke?
aq cakap ye kot
pastu dia cakap
baik kau dok rumah stay ngan mak
almaklumlah aq dekat selangor ni jarang jarang
then aq cakap kat dia mak yang suruh aq keje
pastu dia cakap
mak tu cakap je suruh kau keje
dalam hati dia cakap lain
kau dah la study jauh
balik 3 4 bulan sekali

adoih
aq bingung la
nak keje ke tak ha?
kalau g t takde masa nak luangkan ngan mak aq
n kalau tak keje t asyik bebankan mak pulak
dah la ngah takde duit
nak support mak sikit pon tak boleh
cemana ni?
aq yang aq nak buat?
BUNTUUU !*jeritt







#yang aq boleh buat hanya nangis je :'(

dah sampai rumah :P

memang terbaiklaa pagi tadi kan
hadoihhhh,
sampai pudu sentral pukul 6.30pagi
then tumpang zirot sampai ktm rawang
dr ktm rawang g tanjung malim sejam
pukul 8 aq dah kat tanjung malim
pergghhhhh,
aq dok sorang je dalam coach wanita tadi
dah la aq s**gg***t *aq jarang doh kene ni
siap b***r pulak tadi kan
gila sedih aq tadi


dalam pukul 9 camtu mak sampai
aq pon g beli seluar *terus ganti seluar n semua yang patut


pastu g keluar beli barang dapur jap
n singgah behrang
minum cendol jagung
sedapp <3

sampai je rumah dah pukul 2lebih
sampai sampai je aq g masuk bilik
terus tertidur
pastu mak kejut balik suruh makan
pas makan g tdow balik
dah laa hujan
then tetbe mak kejut balik
rupanya dah maghrib dah
gilaa lama aq tdow
tak sedar langsung

tu laa aq kalau balik sampai rumah je terus tdow
n tdow lagi
n tdowwwww je lagi
ahahahah

Friday, 7 October 2011

going home :D

okayyy
sekarang ni kat dalam bus
otw balik rumah
tadi nampak accident kat jalan ke kangar yang laluan bus
express tuu
sedih sangat tengokkk :'(
orang tu tersepit kat antara stereng dengan seat dia
muka dia macam dah tak mampu bertahan jee
kesian sangat

bomba tadi tengah cari akal cemana nak keluarkan dia dengan okay
tapi aq rasa susah kot nak keluar kan dia
dahlaa tersepit
aduhhhh,

ya allah,
kau permudahkan lah mereka yang membantu mangsa tersebut
supaya mangsa itu dapat meneruskan hidup nyaa
AMINNN

pengalaman betul laa benda nii
haaaaa,sekarang dah masuk highway utara selatan :D

mom,wait me tomorrow okayy :D

yes yes yes !
at last balik jugak
heeeeeeeee
1000 person like this 

ahahaha.. :P

eh,doakan keselamatan saya n semua penumpang dalam
BUS SANI EXPRESS ni yeee
*ayah sy punya bus niii .. ahaha




tata~

Thursday, 6 October 2011

heeeeeeeeee :D
dah okay dah
malam tadi serious sedih sangat
tak sangka nak gaduh besar gila camtu
dah la tak penah gaduh
sedih tau
bukan senang nak sedih camtu
duhhh,
pasni dah taknak dah gaduh okayy
serik sangat
t orang dah tak cakap bukan bukan keyhh
orang akan cuba jaga hubungan kita tauuuu
SAYANG DIA SANGAT SANGAT <3
duhhh,
aq sayang kau laaaaa
tolong la kau faham
aq cakap camtu supaya kau sedar aq sayang kau
aq cuma nak kau sedar je
bila kau tak sedar lain la jadi nya
pastu perang besar pulak dah
duhhh,
aq tak nak gaduh ngan kau la
aq harap sangat kau faham
n aq harap kau cakap kat aq bailk
yang kau minta maaf
memang aq sedar aq salah gak
tapi aq malu laaaaa
kau bukan tak kenal aq kan
lama dah lot kau kenal aq
please laaaa weyhh
aq harap sangat kita gaduh ni tak lama
aq nak back macam dulu
AQ SAYANG KAU  *warna merah mean penting gila ok!
itu kau perlu faham !

Wednesday, 5 October 2011

aq nak kurus laa :'(

semakin hari aq makin gemuk sekarang ni
dulu time aq dok ummah kakcik
aq boleh kuurus kot
haih,ntah laaaa
aq tak nak la jadi gemuk gilaaaaaa balik
please laaaaaaaaaa
aq akan try paksa diri macam dulu balik
tp aq takut je kalau tak berjaya
bukan senang nak kurus
amek masa tau
plus dulu tu ada jdm5
hmmmmmm,sekarang ni tak mampu laaa nak beli
dulu kak cik yang belanja
boleh la cerita kan....
haih...
sekarang kena cuba dengan daya usaha sendiri
takpe!
aq yakin aq boleh !
PASTI BOLEH !!!
doakan aq berjaya tau
hehe,sebenarnya perasan tadi time pakai baju korporat
tak muat kot :'(
sadis jaaaa
takpeeeeeeeeeee next sem i can punya laa



#with full of HOPE <3

Sunday, 2 October 2011

aq goodgood je :)

aq dah okay dah ngan kau
kau jangan cari pasal lagi
ni kira baik aq jadi goodgood je ni
kalau tak dah lama aq hempok kau
yang minah tu pulak kalau sayang sangat kat kau
just trust you laa
ni nak putar belit keadaan
macam bangang la dhey
buat aq nyampah jee
hmmmm,
tp menyampah pon aq sayang kau lagi
aq pon sama bangang cam korang
tp nak buat cemana dah aq sayang dia kott
haih,,
ntahlaaa
aq pon tak tau macam mana dah nak pikir
asal kan minah tu tak kacau aq lagi
aq dah kira okay kot
aq akan buat buat taktahu je dengan kehadiran minah tu
biar je la diorang
malas nak amek port sangat
yang penting dia sayang aq
ahahahahah

#tengok,aq pon bangang kan..haih !

Wednesday, 28 September 2011

kau n perempuan kau SAMA JE !

tadi awek dia call aq
rasa macam nak marah je
tapi aq cool je
*malas nak gaduh
buang masa je gaduh kan
bukan dapat pape pon
aq cakap bebaik je la ngan dia
n dia mintak maaf kat aq
aq ni jenis baik sangat kot
aq pon cakap aq tak kesah pon
dia kata malam tadi dia gaduh besar ngan pakwe aq
*duhh,ada aq kesah ke
kau kalau nak sangat dia kau amek la
kau ketagih kan nak dia
kau sendiri cakap semalam dia ramai perempuan
n kau siap cakap dia jantan sial lagi kan
so,kau g amek dia n sayang la puas puas si jantan sial kau tu
aq malas nak amek tahu dah
perggh,punya baik kau simpan rahsia kan jantan
aq tak sangka doh kau buat aq camni
dasar lelaki buaya darat
kau ni bangang kau tau tak
aq boleh terima doh kalau kau cakap kat aq
yang kau ada perempuan lain
so,aq tak de la nak ingat sangat kat kau
n aq tak kan la percaya kau sangat
memang haritu kau ada kantoi ngan aq
coz kau panggil aq 'mama'
duhh,kau tau kan aq tak suka dipanggil camtu
aq benci
n that time aq dah sedar kau ada yang lain
tapi kau nafi gila gila kan
so,aq still percaya kau
kau ni macam syial la duhh
tadi aq tanya awek kau tu korang panggil each other apa
dia kata 'mamapapa'
patutla kau tersalah panggil aq kan
tp aq ni baik
aq maafkan je kau dulu n hope kau bukan ada yang lain pon
duhh,kalau kau dah tau aq busy sampai takda masa tuk kau
apahal kau tak gtau je kat aq yang kau tak sanggup macamtu
kalau kau gtau kan senang
kau pegi je kat perempuan tu n tinggalkan aq
aq tak la terkilan sangat
ni sampai kantoi busuk ngan aq
ni yang buat aq benci kau doh
sebab aq asyik think positive je pasal kau
selama ni aq inagt kau baik
walau aq tau lelaki takboleh dipercayai sangat
tp bagi aq kau baik la kan*dulu*
huh,aq baru nak buat perpisahan yang tragis tok kau next week
tp entah la
entah kau nak jumpa aq ke tak la kan
coz kau dah kantoi
kalau tak aq rasa macam best je nak tinggal kan kau
aq dah terpikir nak hangout ngan kau
nak happy happy sikit
bagi mood kau bahagia je time tuu
n aq nak bagi satu surat
pastu aq nak cakap kat kau
*bukak surat tu time dah sampai rumah*
macam sweet je kan
pastu time aq nak blah naik train
aq nak senyum kat kau
senyuman termanis sekali yang kau pernah nampak dari aq
*ni idea kawan aq*
hahha,pastu aq dah tak nak text kau
tak nak call kau
tak nak contact kau lagi lah senang cerita
tp sayang kan
itupon kalau kau nak jumpa aq lagi la
aq rasa kau tak berani kot
tp takpe
aq try usaha kan sampai kau nak keluar ngan aq
that time aq tak nak cakap tu last kau jumpa aq
aq nak bahagia kan kau buat terakhir kali
coz selama ni aq tak sempat nak happy happy sangat dengan kau kan
aq busy doh
aq tak macam awek kau yang sorang lagi tuu
dia tak study or even kerja pon
aq study lagi
n banyak lagi benda yang aq nak pikir
*bukan kau je yang aq nak pikir kan*
aq taknak fail sebab lovey dovey ni
thats why aq tak layan kau sangat
tp kau kata kau paham kan semua tu
haih,kau kata nak tengok berjaya kan
hm,tp memang aq rasa kita tak sesuai sangat pon
banyak sebab nya kenapa aq cakap camtu
aq rasa kau pon sedar semua tu
so,sorry la buat kau untuk aq sayang kau balik lepas ni ye
daripada kau,baik aq pegi cari budak U aq
kalau tak pon
kat luar tu belambak lagi yang baik
duhh,malas dah aq nak ingat
aq just nak try buat perkara yang aq cakap tadi tu
for the last time aq ngan kau
pastu kalau kau cari aq
memang tak dah la aq nak layan kan
k la,aq nak g brunch laa
baik aq g brunch dari ingat pasal kau
kau n perempuan sundal kau tu SAMA JE !
sama je bodohnya
duduk rumah sendiri tapi mak ayah yang bayar
ceyt,pegi keje la perempuan!
bangang.

Tuesday, 27 September 2011

kau..

hari ni rasa sedih sangat ..
macam tak percaya je tu yang kau buat kat aq
selama ni aq percaya dekat kau kan
apahal kau buat aq macam ni
aq takde pon sakit kan hati kau
sampai hati kau buat aq macam ni
kau memang tak mengenang budi
kau ni memang jahat
AQ BENCI KAU
AQ BENCI KAU
AQ BENCI KAU
kau tolong la pergi jauh dari hidup aq
aq dah tak tahan dah
kau memang dasar buaya
kau jahat
kau luka kan hati aq
kau macam pisau yang tajam
dalam diam kau hiris hati aq
kau buat aq macam aq takde perasaan
memang aq tak banyak masa terluang untuk kau
tapi aq percayakan kau sebab aq sayang kau
sekarang aq benci kan kau
kau betul betul buat aq terguris
kau buat aq benci kau
kau buat aq nak kau pergi dalam hidup aq
aq dah taknak kau dalam hidup aq lagi
kau memang tak berhati perut
sampai hati kau buat aq macam ni
kau memang JAHAT !

Monday, 19 September 2011

miss the old time laaa :'C *tolongla faham !

just like my title lah kan..
i miss the  old time dude..
RINDU GILAAAA sumpah weyh..
aq nak kita rapat sama macam dulu..
tp sume cam dah berubah kan..
dari satu yang simple happen jadi susah pulakkkkk..
haihhh...
sedih kan bila kita rapat sangat then gaduh..
memang susah nak okay balik doh..
just nak cakap yang aq serious
RINDU MASA DULU KITA weyh..
:'(

Friday, 9 September 2011

gatal gatal :'(

tau tak aq kena gatal gatal..
takut gilaaaaaaaa masa dapat tau tu gatal gatal..
sebab mak cakap time baru sampai rumah hari tu,
tu jerawat je tapi kat badan..
ter[eranjat la jugak ada jerawat kat badan ..
sekali nya bukan..
tetibe dia jadi teruk gilaaaaaa..
banyak plak tu..
time raya second tu ayah bawak g klinik Lam..
doktor tu cakap ni gatal gatal..
viral infection..maybe sebab baju lembap kot..
haaaaaa,,lenkali jangan pakai baju kalau baju tu
tak cukup kering ye cik atikah oiii..
ni la padah nyaaaa..kan dah sakit gilaaa..
haihhh,,
sekarang ni kat badan dah takde,
muka pulak kena..
takut je dia jadi teruk kat mukaaaaa..
t maluuu laaaaaaaa...SEDIH..
orang lain tengok cam biasa je,padahal aq yang tanggung sakit tau..
nak letak ubat sendiri susah..
haritu kat umah mak ade,mak yang letak kan ubat..
sekarang ni,sebaik ada zirot kat bilik sebelah je kan..
so,hari hari dia letak kan ubat tau..
THANX ZIROT..jasa mu ku kenang..
adushhh,sakit gila atas mulut ni..
dia macam satu garis panjang,
tp gatal gatal sebenarnya tau..
haihhhh,sedih sangat niiii..
tak tahan dah tau..sebaik dah nak habbis sem..
t nak rehat kat umah laaa..
hmmmmm,,takut je kalau muka rosak gilaaa kan..
yelaaa,,kata pon gatal gatal..
mesti nanti menggelupas punya laaa..
sakit sakit SAKITTTTT..
t kalau tdow mesti susah bangun sebab benda tu atas mata
ada jugak..haihhh,pedihnyaaaaa..
k laaa,kalau tak tdow,ngantuk plak..
so,good night peeps.. :')

Monday, 29 August 2011

2 days before raya :D

oh men,,
penat gilaaaaaaaaaaa teman my sis g beli baju raya dia..
tu laaa,haritu kitorang ajak beli kebaya sesama kata taknak laa apa laaa..
hadoih..penat gilaa tau..dah la susah nak cari baju size dia..
pastu nak purple colour..last last jumpa gak yang purple,size dia,tapi bukan baju kebaya pon..
takpelaa,raya haji t baju kebaya sama k..
kitorang pusing tanjung malim tuu macam nak gilaa je..
kesian ayah..penat dia follow kitorang..
selamat laaa baju aq dah siap awal..
pastu cari kasut pon susah gak..
but,lastly jumpa gak laaa kan..
next time aq hope kakak aq ni prepare awal la tok raya..
then,ontheway balik tu dah  nak dekat rumah,,
hujan pulak..
sedih je..aq sampai je terus gi bilik n tdow..
tak tahan..sakit kepala..
pastu my sis masuk bilik,terus aq terbangun..
tak jadi tdow..time tu hujan lebat gilaaa..
tp time tu jugak la semua orang nak tunjuk bajuu raya..
baju raya aq tahun ni 5 pasang je..
selalu nya 7 pasang..sedih je..
tapi aq bukan sekolah asrama lagi nak baju banyak banyak tok pakai for prep malam kan..
aq sekarang just guna untuk isnin n jumaat je baju kurung ni..
so,takpela discount 2 helai kan..*still tak puas hati baju tak cukup
aq ingat raya first nak pakai kebaya,tp nanti nak buat kerja,
so baju kebaya pakai raya kedua..
hehehe..pastu semaalm berbuka serious banyak makanan,..
tp orangnya tak ramai sangat..just ada mak ayah aq abayat kak nurul
kak ita kak cik n famly..tu je..
then,malam tadi buat cake choclate kukus..
sedap..pastu anyam ketupat..
tp time ngah anyam tu aq rasa badan aq gatal,so aq g mandi...
pas mandi terus dok dalam bilik n transfer movie kat kak ita punya lappy..
pastu,,tanpa aq sedar abang aq dah g amek lappy aq..
aq tetdow rupanya..hahah..sengal kan..
k laa,,nak lipat baju aq jap..
dadaddadaddaa...~

Sunday, 28 August 2011

*to all my friends*

home HOME home HOME !


heheh..last night was a best journey..
guys,serious best..hahah
next time kite balik sama lagi k..naik tarin sesama..
pastu lepak kat koc kosong..amek gambar banyak banyak..
gelak sana sini..g jalan dari tengah train ke kapala train..
then ke ekor train..HAHA,that seriously funny weyh..
aq kalau naik sorang je mesti terus baring kat katil n then
SLEEP
haha,,sengal je kan..aq rasa fun sangat tau..
tp tak tau laa korang cemana..
hmmm,,FUN..
dah malam tu,semua orang tebongkang kat koc kosong tuu..
then,
g sahur dalam train..haha,,makan maggie n nasi goreng..
lapa weyh..(padahal,berbuka dah makan kfc dah plus lagi
bubur lambok yang sumbangan pas daerah arau kat stesyen lagi)
hahah..
tapi kan,even best kan,,
badan aq penat gilaaaa tau tak..
sampai je tg.malim tu,aq n roa g kat surau stesyen tu..
then tdow weyh..pastu dah pagi tu tetbe je ada orang kejut..
haha..terperanjat la gak tau..
hehe,,mak  aq yang kejut..
dia baru sampai terus cari aq kat surau sebab dia yang suruh kitorang dok situ..
time tu mak roa tak sampai lagi..
dalam 10 minit lepas tu mak roa pulak sampai..haha
pastu aq g shopping ngan mak aq tau..
hehe..dapatla lagi sepasang baju raya aq..
polka dot hitam tanah putih n ada bunga hijau..
mak aq suka sangat baju tuu..t kalau aq dah pakai baju tu aq nak upload gambar laa..
hehe..tinggal kasut raya je takde lagi..
mak kata takyah beli tinggi sangat laa..
t tak guna pon time class..
ye laa,,aq kan malas..g class pon pakai seliper je..
hahhahah..malas kan?dah tau dah..
lepas je dapat baju tu,mak aq ajak balik..
dia penat teman aq cari baju tu..
dah la puasa,aq pulak banyak demand..
kesian mak tau..sorry mak..
hehe,tapi adik balik jarang jarang tau..
pastu tetap tak balik gak..
kitorang g beli barang nak masak tok buka petang tu
kat TF Value..hehe..tercapai gak laa udang n sotong yang
aq nak sangat tuu..thanx mom..
pastu on the way balik tuu,,
HAHA,,aq dah tak bukak mata dah.penat gilaaa..
terus je tdow dalam keta..
sampai umah pon aq tak sedar tau..
tau tau je dah sampai(tu pon mak kejut time tuu)
waaahhhhhhhhh !!!
HOME SWEET HOME 
rinduu tau kat this rumah..
n rindu bilik..heeee,,okay fine !
saya adalah orang pertama sampai yang balik raya di rumah k..
yang lain semua balik pagi nanti tau tak..
hmmm,,pagi nanti nak kena keluar balik..
nak jemput kakak ku dua orang tuu pulak..
okay laaa..night..
*nak sambong tdow petang tadi

hehehe ~

Thursday, 25 August 2011

hey,,please laaaaa !!!

saya cukup tak suka kepada mereka yang SELFISH okayyy..
totally menyampah gilaaaa nak mati weyh..
kau tak payah nak selfish sangat la dengan aq ni weyh..
kau ingat kau bagus laa selfish camtu?
MEMANG TIDAK LA WOI..
aq memang teramat sangat TIDAK SUKA kepada orang macam kau tu..
bila susah cari aq..
bila senang ? 
LUPA DARATAN !
hish,,menyampahnyaaaaaaaaaaaaa.......
benci tau tak weyh?
BENCI !

mood : GERAM GILAAA NAK MATI !

Sunday, 21 August 2011

memories :DD

haha..aq teringat hari khamis tadi weyhh..
serious rasa kelakar gilaaaa...
tapi ni la kitorang..
memang gila pon kan
HAHA
nak tau tak,,ada ke kitorang g c'mart betul betul
time berbuka..sampai je semua orang tengah berbuka..
kitorang pon lari r cepat cepat sebab nak berbuka gak kan..
so,dengan semangat nya kitorang g tempat
COOLBLOG..hahaha
then,,kakak tu kata..
pukul 740 baru buka..
kitorang dengan sedih nya pegi kfc..
kfc pulak penuh..so just take away la nampak nya..
hmmm..mana la tempat yan g kitorang nak pegi ea..
haha..tetibe alia cakap,
"tempat parking teksi tu kan ada kerusi..kita dok situ la.."

okay fine memula aq rasa itu sungguh tak COOL as COOLBLOG weyhh..
cam sedih pon ada gak la kan..
then bila tengah makan tu..rasa cam okay dah laa..
setiap kereta yang lalu kat situ pandang je..
haha..tetibe ada 2 orang abang polis ni lalu belakang kitorang..
then dia cakap(perlahan je sebenarnya,tp kitorang terdengar)
"kesiannya .."

oh men..aq tak dapat menahan dengar orang cakpa cam tu..
then aq cakap balik,
"mana ada kesian"

asma pulak cakap,
" apa kesian kesian"

pastu dorang pandang..
haha..sengal betul oh..tp agak kesian la kan..
berbuka tepi jalan camtu..
haha..
tp aq hope next time tak kan jadi lagi camni oh..
haha..ni la memory aq ngan kawan kawan aq ni..



*kitorang tu aq,alia n asma ..
 

Saturday, 20 August 2011

test ku :'(

hmmm..sedih gilaaaaaaaaa..
susah gila tau tak test tadi..
adushh..rasa nak hempas kepala kat lantai je..
study lain , lain yang kuar ..
sabar je laa..
hmmm...
pasni quiz pulak..
pecah la kepala aq..
tapi aq pon bengong gak..
orang bangun pagi untuk study..
AQ?
haha,,aq g download lagu raya ..
banyak gila kot..
sengal gila kan..
aq ni memang suka camtu..
pastu t sedih sendiri la gamak nya..
hadoihh --'
lepas ni jangan nak buat camni lagi okay?
heeeeeee,,boleh caya ke aq ni?
MEMANG TAK LAAA..
hahahaha..

Thursday, 18 August 2011

kesian prof --'

harini bangun awal gilaaaaa..
hahah,,jarang tau saya ni bangun awal..
pastu dok relex jap..g kelas lambat jugak..
haha..tu dah jadi kebiasaan kitorang di hari khamis..
prof tu baik..tapi tadi kitorang kan sampai lambat..
pukul 830 am baru sampai..dia muka macam baru lepas marah je..
kitorang masuk je kelas,nampak ada 7 ke 8 orang je kat kelas..
agak terperanjat laa..ramai gilaaa tak masuk kelas..
kesian nyaaa la kat prof kitorang ni..
dia nak marah tapi dia macam susah nak marah..
sorry prof..nanti kitorang nasihat budak lain k..





sakit gigi :'(

memang seksa tau tak..
adoihh..time bulan puasa ni laaa nak sakit gigi yang teramat tu kan..haih..
saba je laaa..cepat laaa baik..tak tahan dah sakitnya ni..
ni rasa macam nak je cabut gigi guna playar..
kalau ada apa cara sekalipon okay gak..
memang dah tak dapat tahan sangat dah dengan sakit gigi ni,,
BENCI betul laaaaaaaaaa.....
SAKITTTTTTTTTTTT..
Adushhh :'(
rasa nak nangis je tau tak..
cepat la baik..
hmmm..k laa nak tdow..
tak tahan sangat dah dengan kesakitan ni..
tadi call mak dia cakap g klinik cabut je yang gigi
adik kena tampal time darjah satu tuu ..
t kalau adik ada masa adik g klinik ea mak..
sekarang banyak test..
takda masa nak keluar sangat..

k night ..

Wednesday, 17 August 2011

saya tak ramai kawan :D

semua orang ramai kawan..
tapi saya tak pon plus,saya tak kisah pon..
sebab saya still ada kawan yang sayang n sentiasa dekat ngan saya :D
heee,,meh saya kenal kan dorang ni k..


ni mazni athirah,dia ni garang sikit orang nye,,
so kitorang panggil dia ni roa..
hehe..
jangan memain ngan dia.GARANG ni..












ada lagi,


yang ni azira izati..
muka baik jee..
hehe..tapi ada rahsia tau..
haha..
yang ni kitorang panggil dia,zirot..






lagi,,


ni chaa,nama betul  sebenar dia.
shazleen amarleena..
ni laa besty saya kat sekolah..
rindu gila melepak ngan dia..
t ada masa kita hang okay..











ni pon kawan time kat sekolah gak plus,ni pon besty gak..

ni je gamba kau yang aq simpan weyh..
memory phone dulu ilang laaa.
haaa,,ni nama dia rad..
nama dia rahidah..
dia ni sewel sikit..tapi sebab dia sewel la 
kitorang boleh jadi kawan..
dia ni pandai sikit,,
kat sekolah memain je tau tapi
result dia gempak jugak..







ni pulak kekawan saya kat perlis,,
dorang ni sama GILA ngan otak saya..
haha..tu yang best tu,,

ni haa dorang,,

yang ni khalila alia khalila,
panggil dia alia..
dia ni suka sula orang..
adush..tak leh jadi bini orang ni..
BAHAYA !!! t karang kena sula la 
suami dia..
hahah..muka baik tapi 
JAHAT GILA NAK MATI ni..
hahaha..habis la kau,,
takde orang nak kau nanti weyhh..





ni ag sorang,,

ni asma miesaliah..
panggil dia asma je..
dia ni suka cakap dia garang tapi TAK PON..
haha..kelakar je kan..
pastu  dia ni kalau marah dia pendam je..
tapi tu dulu..sekarang dah lain tau..
dia marah sekarang terus lepas jee..










banyak kan ragam kekawan saya ni..
hahah..biasa la tuuu :DD

k laa,,
nak g bilik zirot laa..
nak tengok dia dah bangun ke belum.. :D

bye ,,..



Tuesday, 16 August 2011

heyyy,,this my first :D

haha..
first time buat blog,,
kelaka tak?dah la takde idea pon..
okay,,ni pon saja je try post..